AFC B19: Skuad B-19 tersingkir awal

KUALA LUMPUR 26 Okt. – Langkah Skuad bawah 19 tahun (B-19) negara dalam saingan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2018 terhenti selepas tewas 0-2 kepada China dalam aksi terakhir Kumpulan D di Stadium Pakansari, Bogor, hari ini.

Skuad kendalian Bojan Hodak dilihat gagal memberikan saingan dan memberikan peluang kepada China untuk meledak dua gol sekali gus memusnahkan impian negara.



Situasi ini menyaksikan skuad B-19 menghuni tangga tercorot Kumpulan D dengan satu mata.

Aksi awal separuh masa pertama menyaksikan Malaysia menampilkan aksi meyakinkan namun gagal melepasi pertahanan kental China.

China mula mendapat rentak pada pertengahan babak pertama namun beberapa percubaan mereka gagal disudahkan dengan baik.




Bagaimanapun, nasib malang Malaysia hadir pada minit ke-44 apabila China meledak jaringan pertama menerusi Tao Qianglong sebelum Yang Yilin melengkapkan kemenangan 2-0 mereka pada minit ke-58.-UTUSAN