Inter Milan lantik Zhang sebagai Presiden

Image result for Steven Zhang inter milan

MILAN: Inter Milan melantik Steven Zhang, 26, sebagai presiden baharu kelab, menurut kelab Serie A itu dalam satu kenyataan.

Zhang, presiden ke-21 dalam sejarah 110 tahun kelab itu, adalah anak kepada Pengerusi Suning Holdings Group (perniagaan berkaitan elektronik), Zhang Jindong yang membeli saham majoriti kelab pada tahun 2016.



Dia mernjadi lembaga pengarah sejak dua tahun lalu dan kini bertanggungjawab terhadap urusan harian kelab.

Inter mengumumkan pelantikan menerusi rakaman video di media sosial.

“Kelab, peminat dan bandar ini menanti anda. Selamat datang Presiden Zhang,” kata kelab itu.




“Apabila saya memejamkan mata, saya melihat bandar yang penuh dengan sejarah dan lebih banyak bakal tertulis,” kata Zhang dalam satu rakaman video.

“Individu yang mempunyai idea akan meningkatkan apa saja yang berada di sekeliling dan diri sendiri.

“Ia bukan saja aksi di padang namun kelab yang mampu memenangi hati setiap orang. Apabila saya membuka mata dan melihat semua sudah tersedia. Saya bersedia, anda?”

Zhang menggantikan Erick Thohir dari Indonesia yang menjadi presiden sejak lima tahun lalu. – REUTERS