Wenger pilih kelab selain daripada Liga Perdana Inggeris

LONDON 1 Nov. – Arsene Wenger berkata, pelik buat dia untuk membimbing kelab di dalam England sekali lagi dan menjangkakan kembali bekerja bersama pasukan baharu pada Januari depan.



Bekas bos Arsenal itu bakal kembali dalam kancah bola sepak selepas menamatkan karier 22 tahun bersama Gunners pada Mei lalu.

Kata Wenger, dia akan terus mendapatkan kerja pada 2019 namun masih tidak tahu kelab mana akan dibimbingnya.




Bagaimanapun, ada laporan mengatakan bahawa Wenger tidak mahu membimbing kelab dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

“Saya katakan banyak kali mungkin jalan terbaik adalah bukan di England kerana saya telah menghabiskan banyak masa bersama kelab di negara itu dan nampak janggal jika saya tidak ke tempat lain.

“Bagaimanapun, buat masa ini saya tidak boleh beritahu anda ke mana hala tuju saya kerana saya sendiri tidak tahu ke mana saya akan tuju namun ia mungkin di sesuatu tempat,” kata Wenger. – AGENSI