Henry yakin tamat kemarau tiga mata Monaco

Image result for Thierry Henry monaco

MONACO: Jurulatih Monaco Thierry Henry menggesa anak buahnya mempamerkan aksi terbaik ketika menentang Brugge dalam aksi Liga Juara-Juara, awal pagi esok.

Henry masih belum menikmati kemenangan dalam empat perlawanan sejak mengendalikan kelab itu. Mereka tewas kepada Strasbourg dan Reims, seri dengan Dijon dalam aksi liga dan seri menentang Brugge dalam aksi terakhir pusingan pertama peringkat Eropah.



“Ini adalah perlawanan besar,” kata Henry, bekas penyerang Arsenal dan Barcelona yang menjadi penolong jurulatih skuad Piala Dunia Belgium.

“Kami mahu tiga mata walaupun ada mengatakan kami sepatutnya mendapatkannya dalam aksi terakhir.”

Skuad Henry kini berada di tempat ketiga dalam Kumpulan A, berkongsi satu mata dengan Brugge, Dortmund (9 mata) dan Atletico (6 mata).




“Anda tak boleh tukar semuanya dalam masa dua minggu tetapi tak sepatutnya kami terlalu memikirkannya,” katanya yang memulakan kerjaya bola sepak bersama Monaco.

“Kerja keras adalah kuncinya, setiap dari kami perlu melihat dalam diri sendiri dan melihat apa yang kami boleh buat.”

Juara Perancis 2017 itu menjual Kylian Mbappe ke PSG, Bernado Silva dan Benjamin Mendy ke Man City, Tiemoue Bakayoko ke Chelsea, Thomas Lemar ke Atletico Madrid dan Fabinho kepada Liverpool dalam masa 18 bulan.

Bagaimanapun, Henry berkata, ketiadaan mereka bukan punca Monaco mengalami kemerosotan prestasi.

“Itu tidak boleh dijadikan alasan. Ia adalah berkaitan mental,” katanya yang mengambil alih tugas daripada jurulatih Portugal, Leonardo Jardim yang dipecat pada pertengahan Oktober lalu. – AFP