Mourinho salahkan Juventus, punca kekalahan Manchester United

Aksi Fernandinho bersama Marouane Fellaini pada perlawanan awal

MANCHESTER 12 Nov. – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho berkata kekalahan 3-1 kepada Manchester City pada perlawanan Liga Perdana berpunca daripada pemainnya yang keletihan ketika menewaskan Juventus pada kejohanan Liga Juara-juara tempoh hari.



United bangkit selepas ketinggalan dan menang 2-1 di Turin menentang pasukan dari Itali itu Rabu lalu, manakala City menang mudah 6-0 menumpaskan pasukan dari Ukrainian, Shakhtar Donetsk 6-0.

“Semua perlu akur — berlawan dengan Juventus selama 90 minit, berbeza dengan mengalahkan Shakhtar Donetsk 6-0 di gelanggang sendiri dan sangat santai. Kami tiba di sini dalam dua keadaan berbeza,” kata Mourinho.

“Ia bukan tekanan fizikal, tetapi mental. Saya dapat rasakan para pemain merasainya sedikit,” katanya.

Mourinho pada musim ini enggan mengkritik pasukannya apabila walaupun berdepan dengan kekalahan.

“Orang yang tidak faham bola sepak membuat analisis berdasarkan statistik. Saya tidak mengikut statistik. Saya beri perhatian kepada rasa semasa perlawanan dan ia masih terasa kesannya hingga ke minit kira-kira 80.

“Kami buat salah. Kami dihukum, tetapi kami melawan, kebersamaan sesuatu yang kami sedang bentuk dan tidak akan hilang hanya kerana kalah,” katanya.

“Tiada komen tentang para pemain, semuanya adalah positif. Saya bersama mereka dan mereka bersama saya,” kata bekas pengurus Real Madrid itu.

Skuad Mourinho turun tanpa pemain tengah Perancis Paul Pogba, yang terpaksa diketepikan kerana kecederaan, walaupun dia enggan menjadikannya alasan, beliau berkata, dia terpaksa menggunakan khidmat Marouane Fellaini.

“Saya tidak suka kalah dan bercakap tentang pemain yang tidak ada bersama. Saya tidak gemar, tetapi dia penting dalam pelbagai aspek,” ulas Mourinho tentang Pogba.

“Kami terpaksa menurunkan Fellaini, dia tidak bersedia untuk bermain 90 minit. Saya boleh bayangkan jika keputusan 2-1 dengan Fellaini yang segar, saya rasa mereka menghadapi masalah besar.

“Bila kami membuat tekanan terakhir, Fellaini melaksanakan tugas dengan luar biasa untuk kekal di dalam padang, dengan mengambil risiko dia akan cedera. Atas sebab berbeza kami kehilangan Paul tetapi tidak bermakna tanpa Paul kami tidak boleh menang jadi ia bukan alasan.”

Kedudukan tempat kelapan United kini ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu City dan 12 mata di hadapan Cardiff City berada di zon penyingkiran.

Ditanya maksud tiada harapan untuk merangkul gelaran, Mourinho menjelaskan: “Saya fikir kami tidak akan tersingkir.” – REUTERS