Mat Yo jadi tumpuan media Vietnam

NORSHAHRUL IDLAN TALAHA diserbu wartawan sebaik sahaja tiba di

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Aksi cemerlang yang ditampilkan Norshahrul Idlan Talaha dalam dua perlawanan pertama Piala AFF membolehkan dia menjadi tumpuan media Vietnam.

Skuad kebangsaan yang bakal menentang Vietnam dalam perlawanan ketiga Kumpulan A, Jumaat ini tiba di Hanoi petang ini, sebelum turun berlatih pada sebelah malam.



Norshahrul, 32, yang meledak tiga gol dalam dua perlawanan dikerumuni wartawan tempatan sebaik sahaja tiba di lapangan terbang dan padang latihan.

Antara soalan diajukan kepada penyerang Pahang yang lebih dikenali sebagai Mat Yo itu adalah persiapannya menghadapi Vietnam, selain siapa pemain tuan rumah yang menarik perhatiannya.

Turut menjadi tumpuan adalah ketua pasukan, Mohd. Zaquan Adha Abd Radzak yang meledak gol penyamaan ketika Malaysia mengalahkan Laos 3-1 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, kelmarin.

Juara 2008, Vietnam memegang status pasukan No. 1 Asia Tenggara ketika ini dengan menghuni ranking ke-102 manakala Malaysia, juara 2010 berkedudukan 169 dunia. – UTUSAN