Real ikat Solari sehingga 2021

Santiago Solari Completes His First Signing For Real Madrid

MADRID 14 Nov. – Santiago Solari hari ini sah menjadi jurulatih Real Madrid sehingga 2021 susulan kecemerlangannya ketika mengemudikan sementara juara Eropah itu.



“Lembaga Pengarah Real Madrid telah hadir hari ini dan memutuskan untuk menamakan Santiago Solari sebagai jurulatih utama sehingga 30 Jun 2021,” umum kelab tersebut dalam satu kenyataan hari ini.

Solari mengambil alih Real selepas Julen Lopetegui dipecat sebelum memacu pasukan itu meraih kemenangan dalam empat perlawanan pertama.

Dan dengan 15 jaringan dan hanya bolos dua, pengendali berusia 42 tahun dari Argentina itu kini selesa sebagai Pe­ngurus Real yang tetap.




Selepas menyingkirkan Melilla di Copa del Rey, mereka menang 5-0 ke atas Viktoria Plzen dalam Liga Juara-Juara, di tengah-tengah kemena­ngan mereka kepada Valladolid dan Celta Vigo pada saingan La Liga.

Solari mengemudi sementa­ra Real selama dua minggu pada 29 Oktober lalu selepas Lopetegui dipecat apabila sekadar mencatat satu kemenangan dalam tujuh perlawanan.

Tewas 1-5 kepada Barcelona merupakan aksi terakhir bekas pengendali itu, sekali gus menyebabkan presiden kelab tersebut Florentino Perez menekan butang panik untuk memburu jurulatih baharu.– AFP