VIDEO Qatar kejutkan Switzerland

Qatar's Bassam Hisham heads the ball away from danger as the pitch's condition deteriorated 

LUGANO, Switzerland: Qatar, tuan rumah Piala Dunia seterusnya, mencipta keputusan paling hebat dalam sejarah mereka apabila membenam Switzerland 1-0 di tempat lawan dalam saingan persahabatan, awal pagi tadi.



Qatar, berkedudukan ke-96 dunia, meraih kemenangan selepas Akram Afif melepaskan diri dan mengatasi Yvon Mvogo seterusnya menjaringkan gol pada minit ke-86 dalam saingan di depan kira-kira 4,000 penonton.

Cubaan Switzerland dua kali terkena palang yang pertama menerusi tandukan Michael Lang pada babak pertama dan kemudian Christian Fassnacht selepas rehat namun pelawat juga memiliki beberapa peluang terbaik.

Liverpool star Xherdan Shaqiri came off the bench in the second half of the friendly match

Qatar, yang tidak pernah bermain pada Piala Dunia, sudah menang empat daripada lima perlawanan terakhir mereka termasuk 4-3 mengatasi Ecuador bulan lalu.

“Permainan babak pertama kami memang buruk, babak kedua lebih baik tetapi saya tidak katakan lawan kami tidak berhak menang,” kata jurulatih Switzerland, Vladimir Petkovic.

Switzerland akan menanti kehadiran Belgium pada saingan Liga Negara Ahad ini. – Reuters