VIDEO Benam Croatia, Southgate tabik skuad England 2018

Gareth Southgate congratulates his England players after their late triumph at Wembley in the Nations League

LONDON: Mara ke separuh akhir Piala Dunia, layak ke pusingan akhir Liga Negara-Negara Eropah dan kembali meraih kepercayaan penyokong adalah tempoh setahun yang disifatkan pengendali England, Gareth Southgate sebagai luar biasa.



Skuad muda England mencipta banyak kejayaan sepanjang 12 bulan di bawah kendalian Southgate dengan kemenangan terkini semalam selepas menumbangkan Croatia 2-1.

Kekuatan dan keberanian yang ditanam pengendali berusia 48 tahun itu membolehkan England bangkit menerusi ledakan Jesse Lingard dan Harry Kane menentang finalis Piala Dunia di Stadium Wembley.

Keputusan itu meletakkan England di kedudukan teratas Kumpulan A4, yang turut menampilkan Sepanyol, dengan Southgate menyifatkannya sebagai perlawanan paling sukar di kejohanan itu dan kini mara ke pusingan akhir tahun depan.

“Tidak, saya tidak berpandangan seperti itu,” katanya ketika ditanya jika beliau melihat semuanya berjalan lancar tahun ini.

“Saya bangga dengan semua pemain. Kami matang bersama, kami sentiasa meningkat dan hari ini adalah antara satu perkara yang penting.

“Kami mengharungi perlawanan yang tidak pernah berlaku, namun kami mula menewaskan pasukan utama. Jika anda melihat kualiti kumpulan ini, mengikut prestasi, ia adalah paling sukar dan ia langkah yang amat penting kepada kami.

Kane is mobbed by his England team-mates after scoring the goal that booked their place in the Nations League semi-finals

“Ini adalah peluang terbaik untuk menguji diri menentang pasukan utama dunia,”

Dalam pertembungan peringkat kumpulan Liga Negara-Negara Eropah itu, England mendominasi saingan awal dengan selesa bertahan, mengawal bahagian tengah dan melancarkan serangan.

Namun berbeza dengan keputusan semasa apabila Andrej Kramaric terlebih dulu meledak jaringan untuk Croatia, sebelum Lingard dan Kane tampil sebagai penyelamat untuk memastikan kemenangan.

“Harry adalah peledak terbaik dunia,” kata Southgate. “Kami amat mempercayainya dan dia cukup teruja untuk memimpin pasukan ke tahap seterusnya.

“Namun apa yang menggembirakan saya adalah hubungan dengan penyokong. Sudah bertahun saya tidak melihat Wembley seperti ini. Kami memberikan penonton sedikit kenangan untuk tahun ini.

“Tahun depan akan menjadi amat menarik. Keakraban dalam pasukan sangat kuat dan kami perlu mengunakan asas ini untuk membinanya ke tahap lebih baik,”

Ketika ditanya mengenai skuad England berbanding ketika mereka disingkirkan pada separuh akhir Piala Dunia pada Julai, pengendali Croatia, Zlatko Dalic berkata: “Bola sepak kembali ke tempat asal…tidak lama lagi.” – Reuters