Selepas Ronaldo, Juventus mahu Mbappe pula

Image result for Kylian Mbappe juventus

JUVENTUS dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain Paris Saint-German (PSG), Kylian Mbappe untuk menyertai pasukan mereka.



Baru sahaja membawa masuk bintang sensasi, Cristiano Ronaldo baru-baru ini, Juventus nampaknya masih mencari pemain lain untuk memperkukuhkan pasukan itu.

Mbappe yang bakal menginjak usia 20 pada Disember ini dipinjamkan ke PSG sebelum diserap secara kekal pada Jun lalu.

Menurut CIES Football Observatory, laporan mendedahkan bahawa Mbappe disifatkan sebagai pemain palign bernilai di Eropah.




Dalam laporan itu juga, Harry Kane berada di tangga kedua diikuti Neymar Junior, Mo Salah dan Philippe Countinho.

Lionel Messi pula berada di kedudukan ketujuh.

Ujar laporan itu lagi, tidak mustahil jika Mbappe juga disenaraikan sebagai pemain paling bernilai di dunia.

Dalam pada itu, Juventus juga berharap dapat mengikat Mbappe bersama mereka bagi menggantikan Paulo Dybla.-Bleacher Report.