Nidzam Adzha penolong jurulatih Melaka

Image result for Nidzam Adzha Yusoff

KUALA LUMPUR 24 Nov. – Bekas ketua jurulatih skuad Liga Super Kedah, Mohd. Nidzam Adzha Yusoff sah dilantik sebagai penolong jurulatih Melaka bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.



Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd. Yusoff Mahadi memaklumkan, pelantikan Mohd Nidzam adalah permintaan pengendali baharu Melaka, Zainal Abidin Hassan yang mencari seorang penolong jurulatih yang berpengalaman luas dalam kancah bola sepak tempatan.

“Sebenarnya saya agak terperanjat kerana Mohd. Nidzam sanggup datang ke Melaka dan beliau sendiri merupakan nama agak besar dalam bola sepak di negara ini.

“Sebelum pergi mengerjakan umrah, Zainal mencadangkan nama beliau (Mohd. Nidzam) untuk menjadi penolong beliau dan apa yang jelas, beliau akan menjadi penolong memandangkan itu permintaan Zainal sendiri,” katanya.

Mohd. Yusoff yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM kali keenam bagi sesi 2017-2021 di Seri Kembangan, dekat sini, hari ini.




Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff yakin gandingan Zai­nal Abidin dan Mohd. Nidzam mampu membantu pasukan Melaka mencapai keputusan cemerlang dalam saingan Liga-M musim depan.

MUSA sebelum ini melantik Zainal Abidin sebagai pengendali baharu Melaka selepas memecat jurulatih kelahiran Portugal, Eduardo Almeida susulan prestasi hambar pasukan berkenaan pada musim ini.

Melaka menduduki tangga ketujuh daripada 12 pasukan dalam saingan Liga Super 2018.

Pasukan berkenaan sekadar mara sehingga ke pu­singan ketiga Piala FA selain gagal melepasi peringkat kumpulan Piala Malaysia 2018.– BERNAMA