Hazard tinggalkan Chelsea hujung musim?

Image result for Eden Hazard

LONDON 26 Nov. – Bintang Chelsea, Eden Hazard tidak menolak kemungkinan dia akan meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini.



Hazard yang sudah tujuh musim di Stamford Bridge, se­ring dikaitkan dengan perpindahan ke gergasi La Liga, Real Mad­rid. Bintang Belgium itu yang memiliki kontrak sehingga 2020 berkata, dia mungkin berhijrah pada penghujung musim, tetapi ada kemungkinan akan kekal di Chelsea.

“Buat masa sekarang saya kekal di Chelsea. Saya masih ada setahun lagi baki kontrak. Jika saya tidak sambung, mungkin saya akan berhijrah. Saya tidak nampak peluang untuk saya berhijrah Januari ini. Saya tidak akan lakukan perkara itu kepada kelab dan penyokong.




“Musim panas akan datang terdapat kemungkinan, tetapi ada juga kebarangkalian saya teruskan karier saya di Chelsea,” katanya.

Ketika Real dikaitkan de­ngan perpindahan Hazard, Paris Saint-Germain (PSG) juga mungkin menjadi destinasi pilihan keduanya. Bagaimanapun, bekas penyerang Lille itu menolak kemungkinan dia akan ke Liga 1.

“Memang ada wakil PSG menghubungi saya tetapi saya tidak berminat. Jika saya perlu kembali ke Perancis satu hari nanti, saya akan sertai Lille, tetapi buat masa ini saya tidak akan kembali ke Liga Pe­rancis,” katanya. – AGENSI