Arsenal, Chelsea dominasi Liga Europa

Ardin Dallku (kiri) cuba menghalang penyerang Arsenal Eddie Nketiah

PARIS 30 Nov. – Dua pasukan dari London Chelsea dan Arsenal kedua-duanya menikmati kemenangan besar pada perlawanan Liga Europa dan hanya tinggal Glasgow Celtic serta Rangers sahaja lagi untuk diratah di pusingan seterusnya.



Unai Emery memilih anak muda Arsenal untuk bermain di Ukraine dan mereka mengalahkan Vorskla Poltava 4-0, menjamin kedudukan teratas dalam Kumpulan E.

Emile Smith Rowe menjaringkan dua gol sementara dua lagi gol dijaringkan oleh Joe Willock dan Aaron Ramsey.

Jurulatih Vorskla Poltava mengadu pertukaran gelanggang ke Kiev atas faktor keselamatan, memaksa anak buahnya beraksi dalam cuaca beku telah menjejaskan prestasi.

Vieirinha (kiri) membentes Pedro pada perlawanan Liga Europa di

Vieirinha (kiri) membentes Pedro pada perlawanan Liga Europa di

Maurizio Sarri pula mahu Chelsea bangkit selepas tewas di tangan Tottenham pada Liga Perdana, dan Blues telah menjawabnya dengan mengalahkan PAOK Salonika 4-0.




“Sasaran utama adalah untuk menang, kami memerlukan pasukan yang kuat dan kami melakukannya dengan baik malam ini,” kata Giroud yang aksinya cukup menyerlah.

“Saya sangat gembira dengan semangat berpasukan dan kami boleh maju ke hadapan dan memulakan beberapa momentum baru.

“Saya telah mula menjaringkan gol, tetapi benar saya menunggu lebih banyak peluang,” kata Giroud, yang mengalami kecederaan panjang dan kemarau gol pada pusingan terakhir.

“Anda memerlukan sedikit keberuntungan di depan gawang, saya mempunyai bantuan yang baik daripada rakan sepasukan saya, saya suka jenis bola di belakang pertahanan.

“Empat gol ditambah tanpa bolos, malam yang baik untuk kami. Apabila pengurus memulakan saya, saya cuba memberikan yang terbaik.” – AFP

Arsenal

Chelsea