Harimau Malaya berdepan masalah kecederaan

Image result for sumareh syazwan andik

SEPANG 3 Dis. – Dua tonggak Harimau Malaya iaitu Mohamadou Sumareh dan Syazwan Andik berkemungkinan tidak dapat diturunkan dalam aksi timbal balik separuh akhir Piala AFF di Stadium Rajamangala, Rabu ini akibat masalah kecederaan.



Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe memberitahu dia masih menunggu pengesahan daripada doktor pasukan bagaimanapun jika mereka berdua tidak dapat diturunkan bekas pengendali Kedah itu masih mempunyai beberapa pilihan untuk menggantikan kedua-dua kekosongan tersebut.

Mereka berdua mengalami kecederaan hamstring ketika menentang Thailand dalam separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu yang berkesudahan seri tanpa jaringan.




“Untuk perkembangan pemain, mereka semua nampak dalam keadaan baik ketika berlatih pagi semalam cuma Sumareh dan Syazwan masih cedera. Saya harap mereka berdua dapat pulih

100 peratus tetapi saya perlu mendapatkan kepastian daripada doktor pasukan.

“Apa yang penting adalah semua pemain bersedia untuk beraksi. Sumareh memberi petunjuk positif cuma saya perlu mendapatkan pengesahan daripada doktor. Saya akan memantau keadaan mereka dalam tempoh dua hari ini,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Bangkok di sini hari ini. – UTUSAN