Klopp mohon maaf kerana berlari di dalam padang

Image result for Jurgen Klopp run field

LONDON 3 Dis. – Jurgen Klopp memohon maaf kepada Marco Silva selepas dia bertindak berlari di dalam padang di Anfield meraikan jaringan kemenangan lewat permainan Divock Origi dalam aksi Merseyside Derby, awal pagi ini.



Ketika perlawanan di antara Liverpool dan Everton hampir berkesudahan seri tanpa jaringan, Origi menanduk masuk jaringan kemenangan pada minit ke-96 hasil kesilapan mudah Jordan Pickford.

Klopp yang teruja dengan jaringan itu berlari ke dalam padang untuk meraikannya bersama Alisson untuk meraikan jaringan Origi.




Pengendali Liverpool itu mengakui bahawa dia sudah melampaui batas semasa sesi temubual selepas perlawanan bersama BC Sport.

“Pertama sekali, saya ingin memohon maaf di atas tindakan saya. Saya ingin memohon maaf kepada Marco Silva dan saya tidak mahu bertindak biadab.

“Saya menghormati Everton dan tiada apa yang lebih besar daripada itu. Kami tahu mereka sangat kuat tetapi hari ini mereka bermain dengan baik dan menyukarkan kami untuk beraksi.-AGENSI