Chelsea kalah gara-gara terlalu yakin
WOLVERHAMPTON 6 Dis. – Maurizio Sarri mendakwa sikap terlalu yakin pemainnya telah memakan diri sekaligus dianggap menjadi punca Chelsea tewas mengejut 1-2 kepada Wolverhampton di laman lawan awal pagi tadi.
Walaupun mendahului seawal minit ke-18 menerusi Ruben Loftus-Cheek selain menguasai sebahagian besar permainan di babak pertama, kelekaan pemain Chelsea di babak kedua telah membenarkan pasukan tuan rumah menjaringkan dua gol dalam tempoh empat minit menerusi Raul Jiminez dan Diogo Jota.