Piala Dunia 2022: Keputusan FIFA tambah 48 pasukan Mac ini

Related image

PARIS 10 Dis. – Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengulangi pendirian mereka untuk menetapkan pada Mac ini sama ada Piala Dunia 2022 bakal melibatkan 48 pasukan atau pun tidak berbanding hanya 32 sahaja sebelum ini.

Presidennya, Gianni Infantino berkata, masa panjang terpaksa diambil untuk mengkaji langkah tersebut memandangkan ia bukan satu keputusan yang mudah untuk dibuat badan induk bola sepak dunia itu.




Pusingan akhir Piala Dunia 2022 akan berlangsung di Qatar dan bakal menempa sejarah sebagai kejohanan pertama yang mempertandingkan pasukan paling banyak sekiranya langkah FIFA itu menjadi kenyataan.

Sebelum ini, FIFA bercadang untuk hanya memulakan langkah itu pada Piala Dunia 2026 tetapi memandangkan ia satu idea yang bagus serta telah dibincangkan lebih awal dan penuh minat, maka ianya cuba dipercepatkan. – AFP