River Plate juara Piala Libertadores

Pemain-pemain River Plate meraikan kejayaan mereka muncul juara

MADRID 10 Dis – Kelab Argentina, River Plate menewaskan lawan senegara mereka, Boca Juniors 3-1 selepas masa tambahan untuk menjuarai Piala Libertadores menerusi kemenangan agregat 5-3 awal hari ini.



Berlangsung di gelanggang berkecuali di sini selepas dua kali ditunda akibat berlaku insiden keganasan pada final kedua di Buenos Aires, Boca bagaimanapun lebih dulu membuka jaringan menerusi Dario Benedetto sebelum rehat sebelum Lucas Pratto menyamakan kedudukan untuk River di pertengahan babak kedua bagi memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.

Seminit masa tambahan bermula, pemain Boca, Wilmar Barrios dibuang padang tetapi River terpaksa menunggu babak kedua masa tambahan untuk memperoleh gol kemenangan menerusi jaringan pemain gantian, Juan Fernando Quintero dan Gonzalo Martinez.




Sebelum ini pada aksi final pertama bulan lalu, kedua-dua pasukan terikat 2-2. Ini bermakna River akan mewakili benua Amerika Selatan ke Piala Kelab Dunia yang berlangsung di UAE mulai 12 Disember ini. – Reuters