Farizal Marlias mahu terus menabur bakti bersama skuad kebangsaan

Image result for Farizal Marlias

mengecewakan pada kempen Piala AFF 2018 langsung tidak melunturkan semangat Farizal Marlias untuk terus menabur bakti bersama skuad kebangsaan.

Dengan usianya bakal menginjak 33 tahun pada musim depan, dia masih belum terfikir untuk bersara di pentas antarabangsa.



“Ini penampilan Piala AFF keempat buat saya, selagi jurulatih memberi kepercayaan kepada saya, selagi itu saya bersedia mewakili skuad kebangsaan, tak ada masalah,” katanya.

Farizal mengambil alih posisi Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi pada awal saingan peringkat kumpulan, dan prestasinya tidak mengecewakan apabila menjadi tonggak kemaraan Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe ke pentas akhir.

Bagaimanapun, impian untuk mengulangi sejarah 2010 tidak kesampaian apabila mereka tewas menerusi agregat 2-3 kepada pasukan pilihan Vietnam pada aksi final Piala AFF 2018.

Jaringan awal permainan Nguyen Anh Duc sudah cukup untuk memberikan kemenangan 1-0 Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, malam tadi.




Menurut Farizal yang kini beraksi dengan kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), mereka dihukum atas sedikit kelalaian dalam perlawanan itu.

“Mungkin ketika itu kami belum lagi mendapat rentak di awal permainan dan sedikit lalai. Harap selepas kami akan berusaha untuk terus meningkat.

“Kami kecewa kerana sudah memberikan yang terbaik, saya lihat komitmen pemain sangat tinggi, walaupun ketinggalan di awal permainan, kita cuba untuk bangkit semula tetapi apakan daya, mungkin tak ada rezeki kami,” katanya yang sekali lagi kecewa selepas tewas di pentas yang sama, kepada Thailand pada edisi 2014.

Kesemua barisan pemain Harimau Malaya akan tiba di tanah air hari ini dan bakal menerima sambutan wira sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 5.30 petang.