Klopp teruja ‘pulang’ ke Jerman

Image result for Jurgen Klopp

, Switzerland: Jurgen Klopp tidak sabar untuk pulang semula ke Jerman selepas undian peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara semalam menemukan Liverpool dengan bekas seterunya Bayern Munich.

Bos The Reds itu pernah berdepan beberapa pertarungan hebat menentang Bayern ketika mengemudi Borussia Dortmund antara 2008 hingga 2015 dan kini bersedia untuk kembali ke Allianz Arena.

Bercakap selepas majlis undian di sini semalam Klopp berkata kepada laman web Liverpool ia adalah satu undian yang sukar apatah lagi gergasi Jerman itu sebuah pasukan kuat.



“Ia jelas sekali amat sukar, kerana mereka adalah pasukan yang kuat namun saya sentiasa gembira untuk kembali ke Jerman. Tetapi harus diingat ia hanya undian.

“Jadi kini kami perlu mempersiapkan diri dan semoga semua pemain boleh beraksi nanti. Kami tahu keadaan stadium, pasti suasananya hebat. Ia kunjungan menarik untuk penyokong, ia bandar yang indah.

“Tempoh penerbangan juga tidak begitu lama dan sudah tentu kami lebih mengetahui mengenai bola sepak Jerman lebih daripada liga lain.”

Liverpool kendalian Klopp menikmati permulaan musim g menakjubkan dan kini berada di persada Liga Inggeris dengan kelebihan satu mata di depan Manchester City.

Mereka menamatkan kempen peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dua mata di belakang Paris Saint-Germain (PSG), namun tetap yakin untuk aksi timbal balik Februari nanti.

Bagi sesetengah individu The Reds, aksi itu nanti membawa makna yang begitu besar berbanding perlawanan lain musim ini.

Xherdan Shaqiri – wira Anfield ketika menjinakkan Manchester United 3-1 awal pagi semalam pernah beraksi buat Bayern antara 2012 hingga 2015, manakala ketua nutrisi kelab Mona Nemmer menghabiskan tiga musim bersama Pep Guardiola di sana.

Andreas Kornmayer mengetahui Allianz Arena dengan lebih mendalam kerana ketua kecergasan Liverpool itu pernah berkhidmat 15 tahun di Bayern, bekerja di bawah beberapa jurulatih seperti Louis van Gaal, Jupp Heynckes dan Guardiola sebelum berhijrah ke Merseyside pada 2016.