Mat Yat sudah ada keputusan – Rezal Zambery

Image result for Rezal Zambery Yahya

KUALA LUMPUR 24 Dis. – Biarpun mengambil sikap berdiam diri dalam isu perpindahannya, namun bintang muda berbakat besar, Akhyar Rashid dipercayai sudahpun membuat keputusan tentang destinasi baharu yang akan dituju musim depan.

Bekas pemain kebangsaan, Rezal Zambery Yahya percaya, isu siapa jadi pilihan – Johor Darul Ta’zim (JDT) atau Perlis sebenarnya tidak timbul kerana penerima anugerah Penyerang Kebangsaan Terbaik 2018 itu sudah ada perancangan sejak awal.



Walaupun Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) menganggap isu Akhyar belum selesai, namun suka atau tidak, pemain yang terkenal dengan nama julukan Mat Yat itu tetap akan meninggalkan Lang Merah.

“Sebenarnya kelab mana dia akan pilih sudah ada dalam pe­rancangannya, kalau tidak kenapa dia mahu keluar dari Kedah?




“Bagi saya, apa yang dirancang itu adalah demi masa depan kariernya. Dia sudah pasti telah memikirkan masak-masak tentang hala tujunya.

“Saya yakin apa pun pilihannya adalah yang terbaik,” kata Rezal, yang juga Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) kepada Utusan Malaysia.

Ketika isu Kedah tidak ber­puas hati dengan JDT kerana cuba mendapatkan pemain itu mengikut ‘jalan belakang’ belum selesai, kini Perlis pula dikaitkan dengan Akhyar.

Kelmarin, Presiden Persa­tuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie mengetuai rombongan Singa Utara mengadakan rundingan dengan pemain tersebut di kediamannya.