Cuma seorang pemain Malaysia isi kuota Asean di Liga Thailand 2019

Sejak menukar peraturan mereka untuk pemain daripada Asia Tenggara, Liga Thailand nampaknya mula menjadi pilihan pemain-pemain dari seluruh Asia Tenggara. Pemain daripada lapan negara termasuk Malaysia sendiri bakal mewarnai Liga Thailand pada tahun hadapan.



Ini adalah senarai pemain-pemain Asia Tenggara yang akan beraksi di Liga Thailand.

Filipina – Javier Patino, Chima Uzoka, Mark Hartmann, Luke Woodland, Stephan Palla, Michael Falkersgaard, Amin Nazari, Hikaru Minegishi

Myanmar – Kyaw Ko Ko, Aung Thu, Kaung Sett Nain, Si Thu Aung, Thein Than Win, Zaw Min Tun

Laos – Soukaphone V., Mitsada Saitaifah, Phoutthasay K., Thothilath S.

Singapura – Gabriel Quak, Irfan Fandi, Hassan Sunny, Izwan Mahbud

Timor Leste – Pedro H Oliveira

Kemboja – Chrerng Polroth

Indonesia – Yanto Basna

MALAYSIA – Curran S. Ferns

Untuk 2019, setakat ini hanya seorang pemain Malaysia yang akan beraksi di Liga Thailand, iaitu Curran Ferns yang menyertai Sukhotai FC pada musim lalu. Pemain tengah itu telah melakukan 10 penampilan bersama kelab Thailand itu sejak menyertai mereka daripada Felda United pada bulan Jun lalu.

Pada tahun lalu, kita melihat tiga pemain Malaysia menyertai Liga Thailand. Selain Curran Ferns, turut mencuba nasib di Thailand adalah Kiko Insa dan Shahrel Fikri. Kiko Insa sudah menyertai JDT pada pertengahan musim lalu, sementara Shahrel masih menunggu untuk membuat keputusan menyertai pasukan mana.

Dengan begitu ramai pemain Asia Tenggara mula memilih Thailand sebagai destinasi mereka, agak mengecewakan apabila 2019 ini hanya seorang pemain Malaysia akan beraksi di sana. Dengan peraturan baru mengenai pemain Asia Tenggara di Thailand, wajar untuk pemain Malaysia mencuba nasib mereka di sana juga. Mungkin bayarannya tidaklah seindah Liga Malaysia, tetapi ia boleh menjadi pintu untuk mencuba nasib di luar Asia Tenggara.

Pemain-pemain muda terutamanya mungkin boleh mencuba nasib di Liga Thailand musim hadapan. Mungkin mereka boleh meminta pendapat daripada Shahrel Fikri dan Kiko Insa mengenai keadaan di sana. Atau mereka juga boleh bertanya kepada pemain-pemain import pasukan mereka yang pernah beraksi di Thailand. Pasti menarik jika dapat melihat pemain muda Malaysia mengganas di Liga Thailand dan mengikut jejak langkah pemain Thailand ke liga luar seperti Chanatip Songkrasin dan Teerasil Dangda. – foxsports