Allegri jadi sasaran baharu Man United

Image result for Massimiliano Allegri

LONDON – Manchester United dikatakan sedang mempertimbangkan nama jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri sebagai antara calon mereka bagi mengisi tempat pengurus tetap pada musim depan.

United sebelum ini memecat bekas pengurusnya, Jose Mourinho selepas kekalahan 1-3 United kepada Liverpool dan melantik Ole Gunnar Solskjaer sebagai pengendali sementara.



Meskipun pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino dilihat sebagai calon utama sebagai pengurus tetap, namun nama Allegri turut disebut dalam kalangan pegawai-pegawai atasan kelab Old Trafford itu ketika ini.

The Red Devils telah memenangi dua perlawanan awal di bawah kendalian Solskjaer dengan membelasah Cardiff 5-1 dan menang 3-1 ke atas Huddersfield Town.

Namun, United dilaporkan masih tetap mencari calon yang sesuai bagi mengendalikan pasukan mereka.




Allegri merupakan antara jurulatih terbaik di dunia ketika ini dan dilihat sesuai untuk membimbing skuad muda United.

Kontrak jurulatih berusia 51 tahun itu bersama Juventus akan berakhir pada 2020, namun dia sebelum ini pernah menyuarakan hasratnya untuk mengubah angin ke England.

Dia pernah dikaitkan sebagai pengganti Arsene Wenger di Arsenal sebelum kelab London itu memilih Unai Emery sebagai penggantinya.

Selain membawa Juventus merangkul gelaran Serie A empat kali berturut-turut, Allegri turut berjaya membantu Juventus mara ke final Liga Juara-Juara pada 2015 dan 2017. – Agensi