Ferguson kembali ke Old Trafford

Image result for alex ferguson solskjaer

MANCHESTER – Era kegemila­ngan mungkin akan kembali ke Old Trafford apabila pengurus legenda Manchester United, Alex Ferguson dilaporkan bersetuju menyertai pasukan itu sebagai penasihat.




Kepulangan Ferguson di kelab itu memberi sinar baharu buat skuad The Red De­vils memandangkan tiga penggantinya sebelum ini gagal menepati standard yang ditetapkan sejak beliau meninggalkan United pada 2013.

Selepas pulih daripada masalah kesihatan serius awal tahun ini, bekas pe­ngurus dari Scotland itu dikatakan sudah bersedia sepenuhnya untuk kembali melibatkan diri dalam sukan bola sepak.

Pengurus sementara United, Ole Gunnar Solskjaer yang merupakan anak didik Ferguson mengakui kepulangan gurunya itu bakal membantu pasukan itu kembali ke prestasi sebenar.

“Saya sudah bercakap dengan beliau. Anda semua tahu bahawa beliau sentiasa menjadi bos saya. Sekiranya saya memerlukan sebarang nasihat, tidak ada orang lain me­lainkan beliau,” kata Solskjaer.

Difahamkan, United sudah melantik pengurus legenda itu dengan pe­ranan sebagai penasihat dan ia dilihat sebagai langkah bijak kerana Ferguson adalah individu tepat untuk memberi tunjuk ajar kepada barisan kejurulatihan kelab.

Tambah menarik, gandingan Solskjaer dan Ferguson mungkin mampu membawa United kembali ke era kegemilangan, sama seperti ketika bekas pengurus itu mengemudi United selama 26 tahun. ­– Agensi