Vieira minta Balotelli fikir masa depan

Image result for Mario Balotelli

NICE, Perancis: Penyerang bermasalah Itali, Mario Balotelli diberi cuti tambahan oleh kelab Perancis, Nice dan diberitahu supaya memutuskan mengenai perancangannya bersama kelab itu.



Masih mempunyai kontrak di Nice hingga hujung musim 2018-2019, pemain berusia 28 tahun itu meledak 33 gol dalam 51 penampilan sejak menyertai kelab Ligue 1 itu pada 2016.

Pemerhati bagaimanapun berasakan Patrick Vieira – yang mengambil alih sebagai jurulatih Jun lalu dan hanya meraih tujuh kemenangan dalam 18 aksi liga – sedia menjual Balotelli ketika jendela perpindahan musim sejuk dengan kelab England dan Turki dilaporkan berminat.

“Saya memberi Mario beberapa hari cuti tambahan untuk memikirkan mengenai masa depannya dan apa yang dia mahu lakukan,” kata Vieira, yang beraksi di samping penyerang tengah tinggi lampai itu di Manchester City dan Inter Milan.

“Dia masih mempunyai kontrak di sini dan segala-galanya satu kemungkinan, jika kami boleh mencapai kata persetujuan siapa tahu,” ujar Vieira.

Balotelli hampir berpindah ke Marseille pada musim panas lalu dan kembali lewat ke latihan serta tidak cergas selepas rundingan itu gagal. – AFP