Real Madrid makin jauh ketinggalan
MADRID 7 Jan. – Juara kelab dunia, Real Madrid semakin jauh ditinggalkan pendahulu La Liga, Barcelona selepas mencatat satu lagi kekalahan mengejut di laman sendiri awal pagi ini.
Kekalahan 0-2 kepada Real Sociedad di stadium keramat mereka Santiago Bernabeu menyaksikan skuad bimbingan Santiago Solari kini ketinggalan 10 mata di belakang di tangga kelima liga.
Lebih malang, Real terpaksa beraksi 10 pemain selepas Lucas Vasquez dibuang padang di babak kedua sebelum mereka ketinggalan dua gol. Ini merupakan kemenangan pertama Sociedad dalam 22 pertemuan mereka sebelum ini.
Kekalahan Real Madrid itu ternyata digunakan sebaik mungkin Barcelona yang menang 2-1 ke atas Getafe untuk melebarkan penguasaan mereka di takhta liga selepas dua pencabar terdekat Atletico Madrid dan Sevilla seri 1-1. – AFP