Australia mara ke 16 akhir Piala Asia 2019

PENYERANG Syria, Omar Al Soma (tengah) meraikan jaringan kedua

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Australia berjaya melangkah ke saingan 16 akhir Piala Asia 2019 selepas bergelut bagi mendapatkan kemenangan 3-2 ke atas Syria dalam aksi terakhir Kumpulan B di Stadium Khalifa bin Zayed, Emiriah Arab Bersatu (UAE), hari ini.



Juara bertahan itu melangkah ke pusingan seterusnya selaku naib juara Kumpulan B.
Dalam perlawanan tersebut Tom Rogic menjadi penyelamat buat Australia yang sebelum itu diikat oleh Syria dengan keputusan 2-2.

Syria mempamerkan kebangkitan di saat akhir yang hampir menyebabkan Australia berada dalam kedudukan berbahaya.




Tiga gol skuad Socceroos dijaringkan oleh Awer Mabil pada minit ke-41, Chris Ikonomidis pada minit ke-54 dan Rogic ketika masa kecederaan.

Sementara dua gol Syria dijaringkan oleh Omar Khribin pada minit ke-43 dan sepakan penalti daripada Omar Al Somah pada minit ke-80.

Selepas ini Australia di jadual menentang naib juara Kumpulan F dalam saingan 16 akhir pada Isnin ini. – UTUSAN ONLINE