Ibrahimovic perlekeh tindakan Ronaldo pindah ke Juventus, anggap ia mengarut, tidak mencabar

Image result for zlatan ronaldo

ZLATAN Ibrahimovic menyifatkan perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus sebagai mengarut dan bukan satu cabaran buat dirinya.



Pemenang Ballon d’Or lima kali itu berhijrah ke Itali pada musim panas lalu dengan bidaan sekitar 88 juta pound sterling, sekali gus menamatkan karier selama sembilan musim di Sepanyol.

Pemain berusia 33 tahun itu mempamerkan permulaan yang baik di Itali apabila menjaringkan 15 gol dalam 25 penampilan.

Sebaik sahaja berhijrah ke Turin, Ronaldo mendakwa perpindahannya ke Juventus sebagai satu cabaran dan menggesa Lionel Messi supaya mengambil pendekatan serupa.

“Saya bermain di England, Sepanyol, Itali dan Portugal dan untuk pasukan kebangsaan saya manakala dia (Messi) masih di Sepanyol.

“Mungkin dia perlukan saya. Bagi saya, kehidupan adalah cabaran. Saya menyukainya dan saya mahu lihat orang lain gembira.




“Dia pemain berbakat dan baik tetapi jangan terlepas apa sahaja di sini. Ini kehidupan baharu saya dan saya amat gembira,” kata Ronaldo.

Bagaimanapun Ibrahimovic menemplak dakwaan Ronaldo dan menyifatkannya sebagai mengarut.

“Cristiano bercakap mengenai cabaran baharu, dia panggil ia cabaran untuk berpindah ke sebuah kelab di mana ia normal untuk memenangi Serie A.

“Mengapa dia tidak memilih menyertai sebuah kelab dari divisyen dua beberapa tahun lalu?

“Cuba jadi juara dengan juara kelab divisyen dua dan mengetuai mereka ke peringkat tertinggi, itulah baharu cabaran.

“Ia mengarut, berpindah ke Juventus bukan satu cabaran sama sekali,” katanya. – Mirror.co.uk