Gol Ronaldo beri piala buat Juventus

PENYERANG Juventus, Federico Bernardeschi (kiri) bersama Cristiano

JEDDAH 17 Jan. – Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo menegaskan bahawa ini hanyalah permulaan buat pasukannya selepas meledakkan gol kemenangan dalam aksi Supercoppa Italiana menewaskan AC Milan 1-0, awal pagi tadi.



Pemain terbaik dunia itu memecah kebuntuan gol selepas sejam perlawanan berlangsung di Stadium Raja Abdullah.
Usaha Milan untuk bangkit menjadi lebih sukar susulan Franck Kessie dibuang padang ketika menuju masa kecederaan.

Jaringan itu merupakan yang ke-16 buat Ronaldo sejak menyertai kelab gergasi Itali tersebut pada Julai 2018.

“Ia adalah perlawanan yang sangat sukar, ia berlangsung di bawah cuaca terik dan sukar untuk bermain di dalam keadaan ini.




“Kami bermain dengan baik, mencipta banyak peluang dan jelas sekali saya gembira kerana dapat menjaringkan gol kemenangan.

“Saya menetapkan untuk memulakan kempen 2019 dengan trofi, saya meraih gelaran pertama saya bersama Juve dan saya sangat gembira namun ini hanyalah permulaan,” katanya. -AGENSI