Rashford pemain nombor 9 terbaik dalam EPL

Manchester United's Marcus Rashford celebrates scores his side's second goal of the game during the English Premier League soccer match between Manchester United and Brighton at Old Trafford, Manchester, England, Saturday, Jan. 19, 2019. (Martin Rickett/AP via AP)

MANCHESTER 20 Jan. – Marcus Rashford meraikan kemunculan yang ke-150 bersama Manchester United dengan jaringan yang pasti diingati oleh mereka yang berada di Old Trafford malam tadi.




Itu merupakan gol yang ke-41 sepanjang dia bersama United dan memastikan tujuh kemenangan untuk Ole Gunnar Solskjær sepanjang tujuh perlawanan dibawah kendaliannya.

Pengurus asal Norway itu percaya, Rashford kini merupakan pemain yang menggunakan jersey no 9 terbaik dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).



“Dia memberikan aksi bolasepak yang terbaik dalam kerjayanya. Harry Kane kini cedera, jadi ini mungkin memberinya peluang untuk menjadi yang terbaik ketika ini,” kata Solskjer.

Pada perlawanan malam tadi United menewaskan Brighton 2-0 untuk memastikan mereka mengekori rapat empat pasukan teratas yang mana kini pasukan bimbingan Solskjer itu hanya ketinggalan tiga mata.

Satu lagi gol United malam tadi dijaringkan oleh Paul Pogba yang menyempurnakan sepakan penalti selepas dia dijatuhkan.