Piala Asia: Vietnam buat kejutan, Thailand gagal ke Suku Akhir

DUBAI: Pemain muda Vietnam menewaskan Jordan 4-2 menerusi sepakan penalti untuk mara ke suku akhir Piala Asia selepas perlawanan terikat 1-1 yang disusuli masa tambahan di Stadium Al Maktoum, hari ini.

Sepakan pemain Jordan, Baha Seif terkena palang dan penjaga gol Vietnam, Dang Van Lam menafikan percubaan Ahmad Saleh dalam sepakan penentuan penalti sebelum pemain gantian, Bui Tien Dung menyempurnakan sepakan sekali gus menjamin tempat buat pasukannya untuk bertemu Jepun atau Arab Saudi, Khamis ini.



Permainan terikat selepas 120 minit dengan pemain Jordan, Baha Abdelrahman membuka tirai jaringan pada babak pertama sebelum Nguyen Cong Phuong menyamakan kedudukan, selang enam minit selepas rehat.

Juara Asia Tenggara, Vietnam jelas mengerah keringat di bahagian serangan bagi mencari kemenangan namun dengan corak permainan dipamerkan, mereka masih belum dapat menemui jaringan kemenangan.

Jordan menewaskan juara bertahan, Australia dan Syria untuk memenangi peringkat kumpulan manakala pemain muda Vietnam kendalian Park Hang-seo, mara ke pusingan 16 terbaik dengan menewaskan Lubnan.

Sementara itu China bangkit di babak kedua untuk menewaskan Thailand 2-1 dan mara ke suku akhir Piala Asia.

Bagaimanapun mereka mengambil jalan sukar dengan membiarkan Thailand mendahului menerusi Supachai Jaided sebelum bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan pemain gantian Xiao Zhi dan penalti kemenangan yang disempurnakan Gao Lin.




Kemenangan itu melanjutkan tempoh pengendalinya, Marcelo Lippi yang akan berundur selepas Piala Asia, manakala Thailand masih boleh berbangga walaupun gagal mengikut jejak Vietnam ke suku akhir.

Thailand mempamerkan semangat juang tinggi hingga ke wisel penamat di mana Teerasil Dangda mensia-siakan peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan dan Pansa Hemviboon turut mencipta percubaan tepat.

Vietnam selaku juara Asia Tenggara mara ke kelompok lapan terakhir bersama China selepas mengejutkan Jordan menerusi penentuan penalti susulan keputusan seri 1-1 di Dubai.

Thailand yang memecat pengendalinya, Milovan Rajevac selepas kekalahan 4-1 kepada India, bangkit pada dua perlawanan berikutnya untuk mara ke pusingan kalah mati.

Thai

Vie