Tim Howard umum bersara

Image result for tim howard manchester united

LOS ANGELES 23 Jan. – Selepas puas berkelana ke beberapa kelab ternama termasuk Manchester United, penjaga gol yang berasal dari Amerika Syarikat, Tim Howard akhirnya mengumumkan untuk bersara.



Bagaimanapun beliau hanya akan berbuat demikian hanya selepas musim Liga Bola sepak (MLS) 2019 di AS berakhir. Ketika ini penjaga gol berusia 39 tahun itu masih beraksi untuk Colorado Rapids.

“Musim ini adalah yang terakhir buat saya sebagai pemain bola sepak,” umum Howard lebih awal menerusi akaun Twitternya.




Selain Man. United, Howard pernah bermain untuk Everton selain beraksi dalam tiga Piala Dunia sepanjang 121 penampilan antarabangsanya bersama skuad kebangsaan AS. – AFP