Piala Carabao: Chelsea singkir Spurs mara ke final bertemu Man City

CHELSEA mara ke final Piala Carabao selepas menewaskan pesaing terdekat Tottenham Hotspur 4-2 menerusi penentuan penalti selepas kedudukan agregat seri 2-2.



Kemenangan tersebut menyaksikan skuad bimbingan Maurizio Sarri itu bakal bertandang ke Stadium Wembley bagi aksi final bertemu Manchester City pada 24 Februari ini.

Lebih menarik, ia merupakan aksi final pertama buat Sarri sepanjang kariernya sebagai pengurus.

“Saya fikir dalam tiga atau empat perlawanan sebelum ini kami berdepan dengan masalah.

“Masalahnya adalah motivasi , dan masalah lain ialah pemain-pemain telah berhenti berasa seronok di atas padang.

“Jadi sekarang, dengan persembahan dan keputusan ini, kami boleh kembali cari keghairahan beraksi. Ia sangat penting.




“Saya juga yakin mereka memberi reaksi yang sangat cemerlang. Tetapi saya tidak menyalahkan pemain. Saya hanya cakap kami ada masalah.

“Sudah tentu sekarang makin baik kerana kami akan bermain di pentas akhir. Saingan final yang sangat sukar tetapi kami akan pergi untuk bermain,” ujar Sarri selepas perlawanan. -Dailymail.co.uk