Proses tukar status Lee Tuck kepada pemain tempatan bermula

Image result for Lee Andrew Tuck

KUALA TERENGGANU – Skuad Terengganu Football Club (TFC) akan memulakan proses penukaran status perancangnya, Lee Andrew Tuck kepada pemain tempatan pada masa terdekat.



Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim berkata, pihaknya sebagai badan induk yang menaungi TFC telah mendapat ‘lampu hijau’ daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) beberapa hari lalu.

“Proses untuk menukar status Lee Tuck sebagai pemain tempatan dijangka bermula selepas selesai majlis memperkenalkan pemain dan jersi TFC pada esok (hari ini).

“Begitupun, kami bersepakat ia tidak menjadi keutamaan kepada PBSNT dan Lee Tuck sendiri untuk disegerakan,” katanya selepas merasmikan kedai konsep bola sepak premium, Football Republic di Jalan Sultan Sulaiman di sini hari ini.




Turut hadir memeriahkan majlis perasmian premis perniagaan milik Al-Ikhsan Sports Sdn. Bhd. itu ialah lima tonggak TFC iaitu Lee Tuck, Kipre Tchetche, Igor Zonjic, Syamim Yahya dan Ilham Amirullah Razali.

Sebelum ini, Lee Tuck, 31, yang berasal dari Halifax, England teruja dengan ura-ura FAM untuk menukar statusnya kepada pemain tempatan seperti pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh bagi memperkuat Harimau Malaya. – K! ONLINE