Higuain bakal beri impak lebih besar di Chelsea – Zola

Gonzalo Higuain wanted to take the penalty and score on debut but he accepted Willian had priority over him 

Gonzalo Higuain akan mencipta impak lebih besar di Chelsea sebaik dia mula serasi dengan rakan sepasukannya, menurut Gianfranco Zola.



Penyerang Argentina itu membuat kemunculan pertama bersama The Blues apabila diletakkan dalam kesebelasan utama dalam kemenangan 3-0 ke atas Sheffield Wednesday dalam kempen Piala FA di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Higuain tiba secara pinjaman daripada Juventus dan memainkan peranan penting ketika menentang The Owls untuk juara bertahan itu mara ke pusingan 16 menerusi jaringan Willian dan Callum Hudson-Odoi.

Pemain berusia 31 tahun itu melepaskan peluang untuk menyumbat gol dalam aksi pertamanya apabila menolak pelawaan Willian untuk membuat sepakan penalti pada minit ke-26 yang meletakkan Chelsea di hadapan.

Olivier Giroud, yang masuk menggantikan Higuain pada minit ke-82, juga sempat mencipta peluang buat Willian untul gol kedua.





Berikutan itu, Zola percaya masih banyak lagi sumbangan yang boleh ditawarkan oleh pendatang baru itu.

Memandangkan ia adalah perlawanan pertama membabitkannya, anda akan melihat sumbangan lebih besar daripadanya selepas ini ” kata pembantu jurulatih itu dalam sidang akhbar.

“Dalam babak pertama, dia membuat beberapa gerakan hebat tetapi kami tidak dapat mencari penyudah yang tepat.

“Saya berpuas hati dengannya, namun prestasinya akan bertambah baik kerana dia perlu membentuk persefahaman dengan pemain lain.

“Kadang-kadang dalam babak pertama, dia melakukan larian tetapi kami tidak dapat mengesan pergerakannya dan ini adalah sesuatu yang perlu diperbaiki.”