Ronaldo letak Juventus berkelebihan 11 mata

Giorgio Chiellini (right) shows his delight as Ronaldo wheels away in celebration

MILAN 28 Jan. – Cristiano Ronaldo menyempurnakan sepakan penalti untuk Juventus menang 2-1 ke atas Lazio di Rome hari ini, sekali gus membolehkan kelab gergasi Itali itu berkelebihan 11 mata selaku pendahulu Serie A.

Juventus bergelut selepas Emre Can menjaringkan gol sendiri sejam sebelum pemain gantian Joao Cancelo menyamakan kedudukan, diikuti jaringan gol penalti Ronaldo dua minit sebelum masa permainan tamat.




Ia merupakan kemenangan kelapan berturut-turut buat juara Serie A itu, menyaksikan skuad bimbingan Massimiliano Allegri meninggalkan jauh dari tempat kedua Napoli, yang mencatat keputusan seri tanpa jaringan menentang AC Milan Sabtu lalu.

Inter Milan kini 19 mata di belakang pendahulu, Juventus selepas kalah 0-1 kepada Torino Ahad lalu.



“Sepanjang 60 minit, ia merupakan aksi paling teruk Juventus tahun ini. Kecuali selepas kami memanfaatkan sepakan penalti.

“Kami mempunyai pemain yang membuat perubahan. Penjaga gol Wojciech Szczesny sangat cemerlang dalam perlawanan ini. Dia meletakkan kami untuk menang sehingga masa tamat,” ujar kapten Giorgio Chiellini.

Juara bertahan itu bergelut dalam satu jam pertama di Stadium Olimpico setelah Lazio terus menerus meletakkan tekanan.- AFP