Piala FA : Chelsea dan United bertemu di pusingan kelima

Image result for FA cup chelsea meet man united

LONDON: Juara bertahan Piala FA, Chelsea dijadualkan menjadi tuan rumah kepada Manchester United dalam pertembungan pusingan kelima atau peringkat 16 terbaik, untuk memburu slot ke pentas suku akhir bulan depan.



Perlawanan peringkat kalah mati yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 18 Februari ini menyaksikan Manchester City mendapat laluan lebih mudah untuk merealisasikan impian memburu empat trofi musim ini apabila diundi berdepan Middlesbrough atau Newport County.

United, yang mengalahkan Arsenal pada pusingan keempat minggu lalu, merekodkan lapan kemenangan berturut-turut di bawah kendalian pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer, namun kali ini mereka bakal berdepan saingan lebih getir.

Kekuatan United bakal diuji skuad bimbingan Maurizio Sarri di gelanggang lawan.




Newport yang kini berada di kedudukan ke-14 Liga Dua, terpaksa beraksi pada perlawanan ulangan di laman Middlesbrough selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi di Riverside, hujung minggu lalu.

Sebelum ini, Newport menyingkirkan pasukan Liga Perdana, Leicester City di pusingan ketiga, dan jika layak, mereka bakal memperjudikan nasib berdepan City yang dibimbing Pep Guardiola.

Hanya tujuh pasukan utama masih kekal dalam perebutan ini, yang menyaksikan Crystal Palace akan melayan Doncaster, manakala Watford bakal berkunjung ke Portsmouth atau QPR.

Info: Keputusan undian Piala FA

Bristol City mln Shrewsbury or Wolves

AFC Wimbledon mln Millwall

Doncaster mln Crystal Palace

Middlesbrough atau Newport County mln Manchester City

Chelsea mln Manchester United

Swansea City mln Barnet atau Brentford

Portsmouth atau QPR mln Watford

Brighton atau West Brom mln Derby