Tewas kepada Newcastle, Pep yakin City masih berpeluang

Jamaal Lascelles, the Newcastle captain, attempts to head the ball goalwards but can't get there ahead of John Stones

NEWCASTLE 30 Jan. – Pep Guardiola menegaskan harapan Manchester City untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) masih utuh walaupun mengakui Liverpool berpeluang besar untuk menjarakkan kedudukan mereka dalam perebutan trofi kejohanan tersebut.



Skuad The Citizens tewas mengejut 1-2 kepada Newcastle sekali gus membuka ruang kepada pasukan kendalian Jurgen Klopp.

Perlawanan ke-100 Guardiola bersama City bertukar menjadi pahit di St James Park meskipun Sergio Aguero meletakkan The Citizens di depan seawal 24 saat permainan sekali gus menjadi jaringan terpantas EPL pada musim ini.

Bagaimanapun, jurulatih dari Sepanyol itu enggan mengaku kalah kerana masih berbaki tiga bulan sebelum kempen musim ini tamat dan meramalkan lebih banyak drama berlaku terhadap Liverpool yang mahu menamatkan kemarau 29 tahun kejuaraan EPL.




“Kita masih berada di bulan Januari. Masih banyak masa lagi namun sudah tentu apabila anda di belakang anda tidak mahu keciciran mata dan setiap perlawanan adalah penting namun masih ada banyak lagi perlawanan untuk kami.

“Ketinggalan tujuh mata adalah banyak namun kami bukan berada di bulan April atau Mei. Baki perlawanan masih banyak lagi dan macam-macam boleh berlaku.

“Banyak perlawanan sukar yang perlu diharungi oleh kami untuk kekal dalam divisyen ini atau bermain di peringkat Liga Europa atau Liga Juara-Juara. Kami akan lakukan yang terbaik untuk berada di sana dan tidak akan menyerah kalah,” kata bekas jurulatih Barcelona dan Bayern Munich itu. – AFP