FAM rancang kerjasama dengan FA England

Harimau belajar dengan singa.

Itulah yang boleh dikatakan mengenai kunjungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang membuat kunjungan ke England.



FAM telah mengadakan pertemuan dengan FA England bagi membincangkan beberapa perkara seperti kemungkinan kerjasama jangka panjang antara kedua-dua persatuan yang merangkumi aspek teknikal dan bola sepak akar umbi, pembangunan pengadil serta tanggungjawab sosial. FAM turut berbincang mengenai peluang untuk belajar daripada The FA berhubung pembangunan pusat latihan kebangsaan yang merupakan sebahagian perancangan FAM dalam beberapa tahun mendatang ini.

Image may contain: 6 people, people sitting and indoor




Pertemuan dengan The FA ini adalah salah satu usaha FAM untuk menjalin kerjasama dengan persatuan-persatuan bola sepak antarabangsa tertentu dari seluruh dunia dalam membantu FAM memajukan bola sepak di Malaysia dan pada masa sama dapat merealisasikan sasaran yang ditetapkan dalam F:30.

Siapa tahu, dengan mengambil ilmu dari England ini, suatu hari nanti Malaysia akan mampu melahirkan pemain-pemain hebat persis bintang England seperti Harry Kane, David Beckham, John Stones, Michael Owen dan mampu menguasai bolasepak Asia. – foxsport