Tiada pemain mahu sertai Cardiff

NEIL WARNOCK - AFP

LONDON 2 Feb. – Neil Warnock mengakui Cardiff City kini sukar untuk mendapatkan penyerang yang baharu bagi menyertai kelab Liga Perdana Inggeris itu terutama selepas insiden yang menimpa Emiliano Sala.

Cardiff telah memohon rayuan kepada pihak Liga Perdana Inggeris untuk melanjutkan tempoh dalam jendela perpindahan namun ditolak dan kini kelab berkenaan masih tidak memperoleh pemain gantian biarpun berjaya mendapatkan pemain tengah, Leandro Bacuna, daripada Reading.




Sala yang sebelum ini menjadi pemain termahal Cardiff dilaporkan telah hilang bersama kapal terbang dinaiki.

Juruterbang pesawat berkenaan, David Ibbotson juga masih lagi kekal hilang dan pihak keluarga pemain berkenaan telah mengumpul dana untuk melancarkan operasi peribadi mereka sendiri bagi proses pencarian.- AGENSI