Harimau Muda harungi Kejuaraan B-22 AFF tanpa kelibat Safawi, Akhyar
Ketua jurulatih Malaysia B-23, Datuk Ong Kim Swee telah mengumumkan senarai 26 pemain yang terpilih bagi menghadapi Kejuaraan B-22 AFF 2019 di Phnom Penh, Kemboja dari 17 hingga 26 Februari 2019.
Kesemua mereka akan memulakan latihan pusat di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil bermula Ahad ini (10 Februari). Berikut adalah senarai 26 pemain yang dipanggil untuk menyarung jersi Harimau Muda:
BIL | NAMA | UMUR | POSISI | PASUKAN |
1. | MUHAMMAD DANIAL AMIER NORHISHAM | 22 | CM | FELDA UNITED |
2. | MUHAMMAD ZAHRIL AZRI ZABRI | 20 | CM | FELDA UNITED |
3. | MUHAMMAD AZRI AB GHANI | 20 | GK | FELDA UNITED |
4. | AHMAD TASNIM FITRI MOHD NASIR | 20 | CB | FELDA UNITED |
5. | NIK AKIF SYAHIRAN NIK MAT | 20 | CM | KELANTAN |
6. | MUHAMMAD DANIAL HAQIM DRAMAN | 21 | CM | KELANTAN |
7. | MUHAMAD SHAHRUL NIZAM ROS HASNI | 21 | LWB | KELANTAN |
8. | NIK AZLI NIK ALIAS | 22 | RW | KELANTAN |
9. | DAMIEN LIM CHIEN KHAI | 22 | GK | PKNS FC |
10. | MUHAMMAD JAFRI MUHAMMAD FIRDAUS CHEW | 22 | CF | PKNS FC |
11. | ARIFF AR-RASYID ARIFFIN | 21 | CB | PKNS FC |
12. | KOGILESWARAN RAJ | 21 | LW | PAHANG |
13. | MOHD FAISAL ABDUL HALIM | 21 | RW | PAHANG |
14. | R. DINESH | 21 | CB | PAHANG |
15. | EVAN WENSLEY WENCESLAUS | 21 | CB | SABAH |
16. | ARIUSDIUS JAIS | 21 | LW | SABAH |
17. | MUHAMMAD HAZIQ NADZLI | 21 | GK | JOHOR DARUL TA’ZIM |
18. | DOMINIC TAN JUN JIN | 22 | CB | JOHOR DARUL TA’ZIM |
19. | MOHAMAD HARIZ KAMARUDIN | 22 | CB | JOHOR DARUL TA’ZIM II |
20. | MUHAMMAD SYAHMI SAFARI | 21 | RWB | SELANGOR |
21. | MUHAMMAD AMIRUL ASHRAF ARIFFIN | 21 | CB | UITM FC |
22. | MOHD FADZRUL DANEL MOHD NIZAM | 21 | CM | KEDAH |
23. | MUHAMMAD NAZIRUL AFIF IBRAHIM | 22 | RWB | PERAK |
24. | NABIL HAKIM BOKHARI | 20 | LWB | KUALA LUMPUR |
25. | MUHAMMAD IZZAN SYAHMI MUSTAPA | 22 | CF | TERENGGANU FC |
26. | MUHAMMAD HADI FAYYADH ABDUL RAZAK | 19 | CF | FAGIANO OKAYAMA |
Berdasarkan senarai di atas, seramai 15 pemain dari skuad 23 pemain ke siri tiga perlawanan persahabatan antarabangsa di Bangkok, Thailand pada Januari lalu telah dikekalkan Kim Swee manakala baki lapan pemain digugurkan.
Sebagai ganti, Kim Swee telah menyenaraikan 11 pemain baharu terdiri daripada penjaga gol, Haziq Nadzli dan Dominic Tan (Johor Darul Ta’zim), R. Dinesh dan Faisal Abdul Halim (Pahang), Ariff Ar-Rasyid Ariffin (PKNS FC), Ahmad Tasnim Fitri Mohd Nasir (Felda United), Syahmi Safari (Selangor), Nabil Hakim Bokhari (Kuala Lumpur), Ariusdius Jais (Sabah), Hadi Fayyadh Abdul Razak (Fagiano Okayama) dan Izzan Syahmi Mustapa (Terengganu FC).
Haziq, Dominic, Faisal, Syahmi dan Hadi merupakan anggota skuad B-23 kebangsaan pada Sukan Asia 2018 di Indonesia manakala Ariff, Ariusdius dan Izzan dipanggil pada kem latihan pusat bulan lalu tetapi tidak dibawa ke Bangkok berikutan faktor kecederaan.
Manakala, dua penyerang skuad kebangsaan, Safawi Rasid dan Akhyar Rashid yang turut menganggotai skuad Sukan Asia pada tahun lalu, tidak terpilih untuk menyertai kejohanan kali ini.
Selepas melakukan latihan selama lima hari di Wisma FAM, Datuk Ong Kim Swee bakal memuktamadkan senarai 23 pemain yang akan dibawa ke Phnom Penh, Kemboja bagi berentap merebut trofi Kejuaraan B-22 AFF 2019.
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B akan memulakan kempen berdepan tuan rumah, Kemboja pada 18 Februari diikuti Indonesia (20 Februari) dan Myanmar (22 Februari).
Dua pasukan teratas kumpulan akan layak ke separuh akhir pada 24 Februari dan aksi final pula dijadual pada 26 Februari 2019. Semua perlawanan di Stadium Nasional, Phnom Penh.