Kane enggan terburu-buru diturunkan semula

PENYERANG Tottenham Hotspurs, Harry Kane memegang kakinya kerana

LONDON 4 Feb. – Penyerang Tottenham Hotspur, Harry Kane merancang meningkatkan pemulihannya daripada kecederaan buku lali minggu depan tetapi tidak akan terlalu tergesa-gesa untuk kembali lebih awal daripada yang dijangkakan.



Kane, 25, mungkin tidak boleh bermain sehingga bulan depan selepas tercedera ligamen buku lali kiri menentang Manchester United di Wembley pada 13 Januari tetapi telah ke Amerika Syarikat untuk menjalani pemulihan.

“Saya keluar negara dan menjalani beberapa latihan cuaca panas. Kami akan meningkatkannya dan kita akan tengok minggu depan bagaimana perkembangannya.




“Setakat ini berjalan baik tetapi kami perlu mengambil masa kami dengannya dan melakukannya dengan betul. Saya tidak pernah menetapkan satu masa pada mana-mana kecederaan saya.

“Seperti saya katakan, buku lali itu baik ketika ini jadi selagi bengkaknya kian susut dan terus pulih, itu sudah bagus,” kata Kane yang berada di Atlanta untuk menonton Super Bowl (bola rempuh).- AGENSI