Stuart Ramalingam mohon semua pihak beri kerjasama kepada Datuk Ong Kim Swee

Mohon beri kerjasama.

Itulah permintaan daripada Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia, Stuart Ramalingam kepada semua pihak bagi membantu ketua jurulatih Skuad Bawah 23 tahun negara, Datuk Ong Kim Swee yang sedang mempersiap paukan bagi Kejohanan Piala AFF Bawah 22 tahun di Kemboja pada bulan ini.



“Saya akan berbincang dengan Kim Swee mengenai mendapatkan pengganti dan jika tidak, kami akan berusaha untuk mendapatkan pemain yang diperlukan dari kelab Liga Super atau Liga Perdana,” kata Stuart seperti dilaporkan Stadium Astro.

Jika dipilih, ada beberapa pemain yang bakal terlepas sekurang-kurangnya dua perlawanan Liga Super dan Liga Premier.




Ketua jurulatih Selangor, B.Sathianathan sudah pun menyatakan keengganannya melepaskan salah seorang tonggak utama Selangor, Syahmi Safari kerana khidmatnya amat diperlukan oleh Selangor yang akan berdepan PKNS dan Pahang dalam tempoh tersebut. – foxsport