Kloop ada potensi bergelar legenda Liverpool

LONDON 8 Feb. – Bekas pertahanan Liverpool, Markus Babbel berkata, sekiranya Liverpool muncul juara Liga Perdana Inggeris musim ini maka Jurgen Klopp akan diiktiraf sebagai legenda kelab berkenaan.

Kata Babbel, perjalanan Liverpool untuk memburu gelaran kini bergantung kepada Klopp malah sepanjang Reds berada di bawah bimbingan pengendali dari Jerman itu kelab berkenaan telah mempamerkan peningkatan positif.



“Semuanya kini sudah semakin hampir.

“Manchester City mempunyai masalah mereka tersendiri pada musim ini dan ia akan menjadi peluang terbaik buat Liverpool memburu gelaran, saya amat berharap mereka mampu melakukannya.

“Bagi saya Klopp adalah seorang jurulatih yang amat menakjubkan buat Liverpool,” kata Babbel. – AGENSI