Man United mahu mencabar kejuaraan EPL

Image result for Ole Gunnar Solskjaer

LONDON 9 Feb. – Berdasarkan kedudukan semasa, Manchester United dilihat sukar untuk mencabar Manchester City dan Liverpool dalam perebutan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada

musim ini bagaimanapun Ole Gunnar Solskjaer mahu pemainnya tetap mempunyai mentaliti juara.

Sejak Solskjaer mengambil alih United, dia berjaya mencatat tujuh kemenangan dan seri sekali dalam lapan perlawanan liga dan hampir menamatkan saingan liga dalam empat pasukan terbaik namun United ketinggalan 14 mata di belakang pendahulu City dan Liverpool dengan baki 13 permainan sahaja lagi.



United tidak pernah menjuarai EPL sejak Alex Ferguson bersara pada 2013 namun berjaya tiga kejuaraan utama iaitu Piala FA, Piala Liga Europa dan Piala Liga dalam tempoh enam tahun.

Solskjaer menjuarai 12 trofi ketika menjadi pemain United di bawah kendalian Ferguson dari tahun 1996 hingga 2007 tidak mengetahui nasibnya sama ada kedudukannya akan kekal di Old Trafford atau sebaliknya.

Bagaimanapun, jurulatih sementara United itu berkeyakinan tinggi dia dapat mengemudi pasukan tersebut untuk tempoh yang lama dan Red Devils berupaya menjadi juara EPL.




“Saya fikir kami terlalu ketinggalan pada tahun ini, jelas sekali. Anda perlu mengejar pasukan lain yang sudah mengatasi kami, terutamanya Manchester City dan Liverpool namun kini Tottenham, kerana mereka dalam prestasi terbaik.

“Dua tahun tempoh yang lama namun sudah mencukupi untuk mengatakan kami berkemungkinan melakukan perbezaan ketara dalam persiapan pasukan. Tahun depan, anda pasti meletakkan harapan baharu. Apabila saya mengendalikan Molde (kelab Norway), mereka di kedudukan ke-11 pada 2010 namun tahun berikutnya kami menjuari liga, jadi anda tidak boleh berkata tidak,” katanya.

Sasaran terkini United adalan menamatkan saingan EPL dalam empat pasukan terbaik namun mereka masih berpeluang menjulang trofi dalam kejohanan Liga Juara-Juara dan Piala FA. – AFP