Selangor nyaris dimalukan PJ City

Image result for pj city perak 1-1

KUALA LUMPUR 9 Feb. – Penalti Rufino Segovia pada penghujung perlawanan menjadi penyelamat Selangor daripada dimalukan Petaling Jaya (PJ) City apabila kedua-duanya terikat 1-1 dalam saingan Liga Super di Stadium MBPJ malam semalam.



Pasukan tuan rumah terdahulu satu kaki untuk memungut tiga mata selepas Pedro Hendrique menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-79.

Bagaimanapun peluang tersebut dimusnahkan selepas penyerang dari Sepanyol tersebut menyamakan kedudukan 11 minit kemudian.




Keputusan tersebut menyaksikan skuad Red Giants berada di tangga kelima dengan pungutan 2 mata, manakala PJ City ketujuh (1 mata).

Dalam satu lagi saingan Liga Super, PKNS FC tunduk 0-1 kepada Melaka United dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Shah Alam.

Jaringan tunggal Sang Kancil hadir menerusi sepakan penalti daripada bekas kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim pada minit ke-24, sekali gus membolehkan mereka menduduki tangga ketiga dan berkongsi mata dengan pendahulu Pahang serta Johor Darul Ta’zim (JDT).- UTUSAN