VIDEO Tewas kepada Pahang, PETEH kecewa aksi hambar TFC

KUALA TERENGGANU: Aksi teruk dan tidak bijak yang dipamerkan naib juara Piala Malaysia musim lalu, Terengganu FC (TFC) ketika bertandang ke Stadium Darul Makmur, Kuantan bertemu Pahang malam tadi mengundang rasa kecewa Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu (PETEH).

Kebanyakan mereka tidak percaya dengan corak yang dipamerkan anak buah Irfan Bakti Abu Salim itu, PETEH menuntut jurulatih berpengalaman itu mengubah corak permainan skuad yang terkenal dengan jolokan Peteh Terengganu Peteh itu ketika berdepan pendahulu Liga Super, Johor Darul Tazim (JDT) Jumaat ini.



Image result for pahang 3-0 terengganu

“Corak permainan skuad Terengganu teruk dan tidak bijak untuk menukar strategi yang meyakinkan biarpun dibarisi pemain yang majoritinya berpengalaman serta pemain musim lalu.

“Sepatutnya selepas melihat skuad Pahang yang mempamerkan permainan baik dan menguasai di setiap posisi termasuk pertahanan mereka yang berani, pemain tengah yang mempunyai hantaran yang berkualiti serta penyerang yang ‘membunuh’, strategi kita sudah berubah.

“Tapi apa yang diinginkan peminat tidak menjadi kenyataan sebaliknya pemain TFC dilihat suka pegang bola terlalu lama, hantaran tidak kemas selain pertahanan tidak berupaya mengawal penyerang lawan dengan baik.

“Kesannya bukan hanya TFC gagal mengutip sebarang mata pada aksi kedua itu, malah tiada serangan berbahaya ke arah gol lawan sekali gus menggagalkan usaha untuk memburu jaringan,” kata Presidennya, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris kepada Sukan NSTP.




Pada aksi malam tadi skuad Tok Gajah bagaikan ‘naik minyak’ sekali gus menyebabkan pemain skuad Penyu itu terkulai layu selepas mudah tunduk 0-3 kepada skuad bimbingan Dollah Salleh itu.

Malah skuad bimbingan Irfan itu hanya berupaya melakukan dua serangan yang sedikit mencemaskan pintu gol lawan manakala selebihnya percubaan banyak tersasar.

“Kami harap bertemu JDT nanti, pemain harus mengamalkan corak menyerang dan lebih agresif dengan menggunakan kelebihan di bahagian sayap kiri dan kanan untuk melakukan serangan dari kedua-dua arah itu.