Barcelona tercicir tiga mata berharga

Lionel Messi (kanan) tetap diturunkan menentang Athletic Bilbao

BILBAO 11 Feb. – Kecederaan Lionel Messi serta ketumpulan jentera serangan menyaksikan Barcelona mensia-siakan peluang meraih tiga mata berharga apabila sekadar seri tanpa jaringan dengan Athletic Bilbao dalam aksi La Liga awal pagi ini.



Keputusan itu sekaligus memberi ruang buat pencabar terdekat yang menghui tangga kedua liga, Real Madrid untuk merapatkan jurang perbezaan kepada enam mata sahaja dengan pendahulu liga itu sekaligus mencerahkan semula harapan untuk memburu kejuaraan liga musim ini.

Messi yang masih mengalami kecederaan paha dilihat agak terhad pergerakannya yang menjadi faktor barisan depan Barcelona pincang dalam mencari gol. Ini menyaksikan skuad bimbingan Ernesto Valverde sudah tiga perlawanan berturut-turut gagal mencatat kemenangan. – AFP