Ini masanya kami ‘ajar’ PSG – Solskjaer

MANCHESTER, UNITED KINGDOM: Pengurus sementara Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer percaya anak buahnya memiliki detik terbaik untuk mencabar Paris Saint-Germain dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok.



Pada majlis undian tahun lalu, United yang ketika itu masih dilihat bergelut di bawah kendalian Jose Mourinho, semua pihak memilih PSG sebagai pasukan pilihan mara ke suku akhir kejohanan, namun kini situasinya sudah berbeza.

Suasana di Old Trafford bertukar meriah sejak dua bulan lalu dengan United mengecapi kejayaan terhebatnya dengan mengurangkan defisit 11 mata untuk mendaki ke tangga keempat liga sselain menyingkirkan juara bertahan Arsenal dalam pusingan keempat Piala FA.

“Kami membuka peluang terbaik untuk pasukan ini kerana kami semuanya berasa yakin,” kata pengendali Norway itu yang sudah mencapai 10 kemenangan dan satu seri dalam saingan liga sejak menggantikan Mourinho.





“Saya sudah menemui ramuan sebenar dalam pasukan ini. Kami benar-benar beraksi sebagai satu pasukan, kami sepakat untuk memilih gaya permainan dan inilah perlawanan terbesar yang kami perlu buktikan.”

Kenyataan itu hadir ketika PSG gusar apabila hilang khidmat pemain termahalnya, Neymar, Edinson Cavani dan pertahanan, Thomas Meunier yang masing-masing terpaksa diketepikan angkara kecederaan.

“Sudah pasti, mana-mana pasukan yang hilang khidmat pemain handalan seperti Neymar, Cavani dan Meunier akan merasai kesannya,” kata Solskjaer, yang mengakui tetap bimbang dengan kelibat Kylian Mbappe.

“Ia mejadikan mereka pasukan yang sukar diduga. Jika dilihat tiga serangkai itu musim ini, kami hanya boleh meneka sedikit corak permainan yang bakal mereka hidangkan nanti,” katanya.- AFP