VIDEO Layak ke pusingan play-off, Perak selangkah ke ACL 2019

Perak FA menerima kunjungan Kitchee SC dalam penentuan kelayakan Liga Juara-Juara AFC 2019, pusingan ke-2 di Stadium Perak, Ipoh.



Ketua jurulatih Perak FA, Mehmet Durakovic menurunkan kesebelasan pemainnya yang diketuai oleh Hafizul Hakim yan juga merupakan penjaga gol kebangsaan.

Turut mencuri perhatian dalam perlawanan pada malam ini adalah skuad The Bos Gaurus tampil dengan jersi ketiga, keluaran Umbro, buat pertama kali pada musim ini.

Skuad The Bos Gaurus tidak menunggu lama untuk mendahului menerusi jaringan oleh penyerang Brazil, Wander Luiz selepas beliau berjaya menyudahkan bola hantaran lintang Rafiuddin pada minit ke-14.

Perak FA sekali berjaya mendapat peluang untuk menggandakan jaringan namun Wander Luiz gagal menyudahkan, dan pertahanan Kitchee SC terlebih dahulu berjaya melakukan ‘clearance’.

Separuh masa pertama tamat dengan Perak FA 1-0 Kitchee SC.

Memasuki babak kedua, pemain Kitchee SC dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan kerana melakukan hadangan dengan tangan terhadap percubaan oleh Wander Luiz dari luar kotak penalti.

Sejurus kemudian, Mehmet Durakovic melakukan pertukaran pemain dengan memasukkan Kenny Pallraj dan J. Partiban menggantikan Rafiuddin Roddin dan Firdaus Saiyadi masing-masing pada minit ke-66 dan ke-77.

Berbaki 3 minit sebelum tamat masa permainan, Kitchee SC berjaya menyamakan kedudukan menerusi pemain berjersi 13 setelah tidak dikawal oleh mana-mana pemain Perak, dan mudah menewaskan Hafizul Hakim.

Tamat 90 minit permainan, keputusan seri 1-1 di antara kedua-dua pasukan. Pengadil terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan.

Ketika babak pertama masa tambahan, Perak terlepas peluang besar untuk mendapatkan gol pada minit ke-105 namun Wander Luiz gagal menanduk kemas bola hantaran lintang oleh Khairil Anuar.

Memasuki babak kedua masa tambahan, Perak FA dilihat cuba menggandakan asakan, namun tiada sebarang gol berjaya dihasilkan. Permainan terpaksa dibawa ke penentuan sepakan penalti, selepas terikat 1-1 selama 120 minit.

Penentuan sepakan penalti yang penuh mendebarkan berjaya menyebelahi Perak FA selepas Hafizul Hakim menjadi wira dengan menafikan 2 sepakan oleh pemain Kitchee SC.

Keputusan akhir, Perak FA 6-5 Kitchee SC.